Wednesday, 9 December 2015

Muhasabah diri sekejap .

Untuk gadis yang menangis kerana lelaki. Selama ini selalu perhati. Mampu diam. Izinkan ku coretkan sesuatu.

Dear akhawat yang kita sayang kerana Allah. 
Allah ciptakan hawa dengan sifat malu.
Maka awak awak sekalian ,
janganlah sesekali singkirkan sifat malu dalam diri awak.
Kerana malu itu sebahagian daripada iman wahai mawar agama.

Dear muslimah,
Jadilah Haura' al Maqsurah.
Ertinya bidadari yang terpelihara.
Seindah namanya. Keraskan hati bila ada lelaki yang nak mengurat dirimu.
Tidak perlu layan. Tidak perlu bercrush crush. Selagi belum sedia, belum sampai masanya, 
jangan mencari

Sedih bila lihat rakan rakan yang sanggup stay up semata mata nak berbalas mesej dengan pakwe.
Sedih lihat rakan rakan yang menangis cemburu tengok pakwe dia dengan perempuan lain, Sedih sangat melihat rakan rakan yang menunggu lelaki nak propose couple denan dia. Someone said this to me, "perasaan tertarik pada lelaki tu biasa. Tu bukan perasaan cinta, itu cuma instinct. Tarikan antara lelaki dan perempuan. Dan instint itu biasa. Tidak perlu layan. Jangan cepat kata lafaz jatuh cinta. Kerana cinta itu mahal. Kalau ada lelaki nak mengurat dirimu, jangan terlalu cepat percaya. Jangan terlalu cepat jatuh. 

Dia tidak serius. Dia cuma main main. Dia cuma nak test. Kalau dapat, dapat. Kalau tak dapat, dia cari orang lain. Kalau dia serius, dia tak akan membazirkan masa dengan benda yang sia sia. Serius cuma sia sia. Kalau dia serius, dia akan buat dengan serius. Dapatkan dengan cara terhormat.

Dear fatayat.
Semua perempuan cantik. Allah ciptakan kita dengan cantik. Tak ada satu manusia pun yang tak cantik. Cuma, lain mata lainlah penilaiannya. Awak, tutup aurat tu molek molek ya. Awak tutup aurat pun tetap cantik. Sedih bila tanya kenapa tak pakai tudung dia jawab dia tak rasa cantik bila pakai tudung. Rasa macam nak nangis. Rasa macam nak peluk dia lepas tu cakap kat dia, "Awak cantik sangat. Awak tak perlu cantik cantik depan syabab. Dia stranger. Dia outsider. Cantik untuk yang sepatutnya je. "

Sebab saya sayang awak, saya tak nak awak pergi terlalu jauh . Awak ada saya, sahabat awak, kalau sunyi, saya boleh menemani.

Afaf Amran - owner ig @usrah santai

Yes, I retyped this from her ig coz I feel the need to sharee this to all and as a reminder for me when I forgot. Sejujurnya, saya yang baca dan taip ni pon terasa deep sangat coz I had been in those situation before this. But, after that saya bangkit and bina semangat untuk tidak lagi kecundang with the same mistakes. n here I am . a single lady but still cant get rid of crushing on people -___- but I will try to litter him. Kawan kawan, hayatilah setiap kata kata yang sis Afaf coretkan. Credits to her for such wise advice :)
sincerely Miss LOL

No comments:

Post a Comment